Rabu, November 30, 2011

LIMA Datang Lagi....

Hari ni ibu nk mengimbas kembali kenangan ibu dgn LIMA Exhibition atau 'full name' dia LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE EXHIBITION... Kalo org tua2 kampung akan ckp, 'pameran & pertunjukan kapai terebang tu la...' Ibu buka topik LIMA ni sebab dlm seminggu je lg LIMA 2011 akan berlangsung bermula, iaitu pada 6 hingga 10 Disember 2011.
Ibu mula menetap di Langkawi ni awal tahun 2006..skrg ni kira dh 5thn lebih lah ibu kt sini... sepanjang tu pameran LIMA ni dah 2 kali ibu join... thn 2007 (tgk dari luar je..kot tepi2 pagar airport tu)...masa ni bujang lagi, tgh dok bercinta dgn si ayah... nextnya LIMA 2009, yang ni ibu tgk dari dalam pagar plak....sbb si ayah dan ibu dapat pas masuk percuma... Pergi bertiga dgn Ammar... Masa tu umur Ammar 8bln camtu, baru leh merangkak... Sempatlah bergambar, hari pertama dgn kapal terbang..hari kedua kami bertiga g Awana Porto Malai plak sbb nk g bergambar dgn kapal laut plak... Sbnrnya masa sampai kt Awana tu masa pameran dh nk abeh..tp ibu dgn ayah gigih nk masuk jugak... masuklah, walaupun kejap. Yang penting leh bergambar sekeping dua pon jd lah..hahaha...
Tahun ni? LIMA 2011... insya-Allah kalau takde aral..ibu & ayah plan nk wak Ammar & si kembar plak... mak,ayah dan adik bongsu ibu ckp depa pon nk join jgak... thn sblm2 ni herga tiket RM30...tp tahun ni dorg just letak RM10 je...memang boleh lah kalau nk g meramaikan majlis...dan dgr kata akan ada pesawat baru yg dorg akan pamerkan... 
Kat bawah ni adelah sikit gambar ibu masa LIMA 2009 dulu... mmg bg setengah org pameram cenggini agak membosankan, tp bagi ibu...ibu suka sbb bkn senang dpt peluang nk merapatkan diri dgn pesawat2 ni semua... 
-
-
-
-
 Ini Logo LIMA 2009
-
-
-
Day 1 - Pameran Kapal Terbang
Lokasi : Langkawi Airport, Padang Matsirat.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Day 2 - Pertunjukan Udara
Lokasi : Di Luar@ Tepi Pagar Langkawi Airport

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Day 2 - Pameran Kapal Laut
Lokasi - Jeti Awana Porto Malai, Langkawi.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Orang Ramai Beratur Nak Naik Macam Org Dulu2 Gi Haji Naik Kapal Tu
-
-
-
-
-
-
 Sebelum balik singgah Pantai Chenang
(nmpak sgt lah hai muka ammar sunburn)
-
-
-

Acara Malam : Bawa Ammar Gi Penutup.. Ada Bunga Api
-
-
-
Seterusnya... LIMA 2011... Tunggguuuuuu....



5 Tanda Hubungan Cinta Anda Akan Berakhir...

Ada kalanya hubungan asmara yang dijalani terasa hambar dan membosankan. Terutama, jika pasangan tersebut mulai sibuk dengan urusan masing-masing dan tak berusaha untuk meluangkan waktu bersama. Hati-hati jika sedang dalam 'proses' ini. Berkemungkinan, hubungan anda hanya tinggal menunggu waktu, untuk berakhir pada perpisahan. Menurut Dr. Ian Kerner, seorang konselor seks dan hubungan ada lima tanda yang muncul saat hubungan 'berisiko tinggi' mengalami perpisahan.

Tak tertarik untuk saling bercerita
Jika anda merasa bosan dan tidak tertarik untuk mula berbicara dengan pasangan. Atau, pasangan tidak berusaha untuk membuat perbincangan dan bercerita, menurut Kerner, ini boleh jadi tanda awal perpisahan. "Keadaan ini membuat hubungan berada dalam keadaan yang sangat rapuh," kata Kerner, seperti dikutip dari Self.com

 Tak peduli dengan orang terdekat pasangan dan sebaliknya
Sebagai kekasih, anda tentu juga menaruh perhatian pada keluarga, rakan-rakan atau sahabat pasangan. Jika hal ini mula berkurangan atau anda sama sekali tidak ingin peduli, merupakan tanda jelas kalau ikatan dengannya mula meluruh.

Tiba-tiba gila kerja
"Menenggelamkan diri dalam pekerjaan membuat anda lebih sukar ditemui berbanding sebelumnya," kata Kerner. Boleh jadi anda memang sengaja untuk menyibukkan diri untuk mengurangkan frekuensi bertemu dengan pasangan. Atau, tanpa sedar anda melakukannya kerana memang sudah kehilangan minat.

Lebih ingin
menghabiskan masa bersama teman
Saat diajak menghabiskan masa berdua, anda lebih memilih untuk mengajak rakan-rakan. Alasannya, supaya suasana jadi lebih menyenangkan. Ini boleh jadi tanda kalau anda berusaha mengelakkan momen intim dengan pasangan.

Tak menyokong satu sama lain
Adakah anda selalu berkomentar negatif terhadap pencapaiannya? Atau sebaliknya, apakah pasangan selalu membuat anda merasa kurang percaya diri dengan ulasan pedasnya? Ini merupakan tanda kalau anda dan dia sudah tak saling menyokong dan malah menjatuhkan. Pertengkaran biasanya terus-menerus berlaku dan boleh berakhir pada perpisahan.  -
Sumber :VIVAnews

Oleh itu, yang keruh itu kita jernihkan... yang jauh itu kita dekatkan... yang dekat kita mesrakan :) ... berusahalah untuk mencari jalan penyelesaian..

Ahad, November 27, 2011

Serba Tak Kena...

Apa yang serba tak kena? Hmm..sbnrnya harini 27/11/2011 besday si ayah yg ke-31..entah la thn2 sblm ni tak da la plak ibu rasa mcm ni bila time besday en.suami..tp thn ni ada plak rasa sera salah n pikir lebih pasal hal nk sambut besday si ayah ni... memula pikir nk belanja mkn kt satu restoran tu..yg tu kompomlah sbb rasanya mmg si ayah tak penah pegi mkn kt situ.. tetiba bila wish besday pada si ayah kul 12 a.m..dia bertanya plak, 'tak de hadiah ke?'.. aduh terus menangkap diminda... mmg ada niat tp memandangkan ibu pon ade dok budget2 so ibu igt tu lah nk mkn2 dgn ayh je..tp bila dah si ayah tanya, kepala otak ni mulalah.. terpikir nk bagi adiah la jugak walaupun yg tak seberapa.. mcm2 benda pikir, minyak wangi lah, wallet lah, buku agama pun ada tersenarai (tak tipu neh), kasut bla bla sampai tak tersenarai..kalo boleh mcm nk adiahkan satu pasaraya je kt si ayah... sudahnya sampai saat ni ibu belum ada keputusan tetap..segala-galanya bergantung kepada keadaan siang esok.. mana dgn si ayah sendiri sibuk dgn pertandingan fotography di hari lahirnya..(ibu doakan semoga si ayah menang..dapat hadiah nnt ibu amek hadiah tu bungkus leklok then ibu bagi kt ayah balik...boley gitu?).. siang esok jugak mak ayh ibu nak dtg dari kampung..dgn anak2 ibu pn tak pasti lg camna mood diorg siang besok.. so keputusannya..siang nanti je ibu putuskan..skarang ni ibu igt ibu nk g rehat n tdo dulu.. Semoga hari esok menjadi hari yang menggembirakan ibu sekeluarga.. Amin

Selasa, November 22, 2011

Kisah Harimau Muda vs Garuda

Assalamualaikum... sementara ada masa terluang walau pun sedikit ibu ambil kesempatan untuk share kisah pasal final bola sepak SEA GAMES 26 thn 2011 ni. Perlawanan antara Malaysia vs Indonesia... Menarik ada sedih pun ada... Apa pun TAHNIAH Harimau Muda!...

KISAH 1 (Situasi/ suasana kami masa perlawanan )
Malam tu kami berempat, ibu-en.suami-Yusmainey (opismate ibu)-Asmidah (si isteri) bersama 4 orang kanak2 berkumpul di rumah Yusmainey yg lepas ni ibu akn namakan dia Mat Yuih.
Penyokong Harimau Muda 3org...Ibu-En.Suami & Asmidah. Dalam pada tu ada plak sesat penyokong GaruDADA..tak lain tak bukan Mat Yuih.
'Bating' kami.. kalo Garuda kalah, kami bertiga akan pijak perut Mat Yuih... 
Anak2 kami tolak tepi biar dorg layan diri bermain.
Memang agak meriah walaupun hanya berempat...sebab si Asmidah lah.. fanatik gila aku tgk, nak2 si suami dia penyokong Garuda. Dipendekkan cerita last2 memang Garuda kalah.. Mat Yuih dah bagun berdiri sbb takut kami pijak perut dia..tp dlm tu pn mmg si Asmidah sempat p belasah si suami dia pon.. ha padan muka! Pelik2 sgt, nk meriahkan keadaan konon.. hahaha..apa pon mmg enjoy & happening la mlm tu. Thanks to tuan rumah.

KISAH 2 (pendapat ibu je)
HARIMAU ‘NGAP’ GARUDA | GELORA BUNG KARNO DILIMPAHI AIR MATA | Skuad Harimau Muda berjaya mengekalkan emas yang dimenangi 2 tahun lalu. Nampaknya taring harimau malaya lebih berbisa sehingga patahnya sayap garuda..Good job Harimau muda! Good Job Baddrol! Good Job Apex! Good Job Ong Kim Swee! Bagi aku team Harimau Muda memang mempunyai mental dan fizikal yang kuat. Bayangkan beraksi didepan peminat fanatik Indonesia yang berjumlah ratusan ribu sehingga dengar cerita ada yang meniggal sebab keadaan stadium yang terlalu sesak. Tapi kalau kita tgk pemain2 Harimau Muda kita main dengan bersungguh2 dan tidak gentar sikit pon melainkan adalah 2 3 org pemain yang dilihat seakan2 sedikit gementar.. contoh seperti yang disebut2 si Fakri.. tp bagi ibu walau apapun kita patut say thanks to Fakri sbb kalo tak kerana dia yg sumbatkan gol masa menentang Myanmar haritu tentu malaysia tak ke Final menentang Garuda.

Walaupun bermain 120minit..Akhirnya Harimau Muda menang juga walaupun dengan sepakan penalti 4-3 selepas terikat seri 1-1.... Bila games dah tamat, kemana hilang sorakan ‘jahat’ penyokong Indonesia? Dah terang-terang lagu Negaraku dinyanyikan tanda kejuaraaan Malaysia. Tak ada dah ke yang ‘sudi’ meng’boo’ lagu Negaraku bila Malaysia dinobatkan juara? Tiada! Semua dah hilang. Masa penyampaian hadiah stadium dah kosong. Yang tinggal kerusi warna biru, tu tandanya peminat Indonesia dah pulang dengan tangan kosong. Caki maki depa selama ini dibalas dengan kekalahan bila Harimau Muda berjaya ‘ngap’ Sang Garuda Muda’ di laman mereka sendiri. Tak kesahlah menang dengan penalti sekalipun sbb skuad kita tetap menang dan semua orang tahu Indonesia kalah! Kalah tetap kalah. Lani penyokong Indonesia ibarat ‘meludah kelangit dan ludah tu jatuh berdepap kat batang hidung sendiri’.



Penyokong Indonesia mempertikaikan gol Kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar semalam. Hanya gol nasib, bola dah berjaya ditanpan tp bergolek masuk kedalam gol. Itu bukan nasib! Tapi takdir!

Satu lg yang ibu nak kata.. rasanya Indonesia perlu mencontohi Malaysia yang mempunyai nilai natural dimana semua pemain adalah anak kelahiran negara..bukan pemain dari kelahiran negara lain...sbb tu Malaysia boleh mena sbb pemain Malaysia bermain untuk maruah negara tanah tumpah darah sendiri.

Kalau nk dicerita dan nk share pendapat mmg bnyk sangat2...tp memandangkan masa ibu dah takda..so ibu kena stop..apapun Sea Games ke 26 tetap menjadi ingatan sbb terlalu banyak konteversi yang berlaku nak2 antara negara Malaysia dan Indonesia... Wahal di negara kita ni lah ramai rakyat2 depa mai cari rezeki.. ishk tak tau nk kata pa lah... 

Last sekali memetik kata-kata dari facebook.



"Malaysia Hebat..kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang GURU & yg penting Team MALAYSIA ada...khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola, & MALAYSIA juga ada Baddrol BAHTIAR yg sentiasa BERIKHTIAR menjaringkan gol dari jarak jauh dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ada ONG ( Ong Kim Swee ) sebagai Jurulatih yang tidak pernah jemu untuk melatih Harimau kita."

Inilah yang dikatakan satu Malaysia, kita melakar nama dengan keringat anak-anak bangsa kita sendiri bukan Ferdinan bukan Bonai dan bukan Alexander. Itulah Malaysia. 

Ni bawah ni ibu share kan sikit gambar yg ada utk tontonan dan memori.
  Detik Kegembiraan
Meraikan BErsama

Sahabat Kita Yang Kesedihan... MAT YUIH
Detik Tiba Harimau Muda di LCCT

Ahad, November 20, 2011

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula

Assalamualaikum... tu dia, hari ni ibu nak share artikel yg ibu jumpa dalam web www.usahawan.com...Artikel ni agak panjang jugak lah... yang malas membaca kompom taknak baca panjang2 cenggini...tapi bagi ibu, ibu suka gak lah baca artikel2 macam ni... korang tak tau la plak kan... jom...

Jenama terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa. Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand. Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari. Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut kita contohi.

Coca-Cola

Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5 bilion.

IBM

Akronim syarikat ini sangat mudah untuk diingati dan sekilas pandang rata-rata akan terus teringatkan sistem komputer di pejabat. Bagaimana pula kisah permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama yang ke dua terkenal antarabangsa pada tahun 2010? Sejarah penubuhan IBM bermula lebih awal sebelum komputer dicipta. Sekitar 1890-an Herman Hollerith telah mencipta peranti elektrik untuk ringkasan maklumat yang kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data perakaunan. Pada hari ini contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah mesin punch card. Hollerith sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik yang hendak diguna pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada tahun 1890. Kejayaan yang dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak kejayaan peranti elektrik ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat berlaku pada tahun 1911. Individu yang bertanggungjawab keatas kejayaan penggabungan dan seterusnya penubuhan IBM bernama Thomas J. Watson Sr.

Microsoft

Microsoft menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil untuk berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah virus komputer. Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor di Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 bilion pada hari ini!

Google

Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6 bilion. Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkan BackRub. Seterusnya nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya. Pada awalnya Google beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google walaupun merasa tertekan dan mengganggu pelajaran dan pencapaian di universiti. Pada tahun 1998 mereka mendapat bayaran untuk bekerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah seorang rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu. Akhirnya sekitar tahun 1999, Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.

GE (General Electric Company)

Pada tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal di Menlo Park, New Jersey untuk mencipta mentol lampu. Banyak lagi produk elektrik yang dicipta beliau dibawah jenama Edison General Electric Company. Kini GE bernilai AS42.8 bilion.

McDonald

Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan McDonald kafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari ini McDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran. Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan. Kroc mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu menipu pelanggan setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak dibuka di taman tema Disney.

Intel

Pengasas Intel ialah Gordon E. Moore dan Robert Noyce. Jenama ini sekarang dinilaikan sebanyak AS32.0 bilion. Pada tahun 1968, Moore dan Noyce meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk memulakan syarikat mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro. Moore Noyce adalah nama yang pertama digunakan. Kemudiannya menukar nama tersebut kepada Integrated Electronics atau Intel. Walaupun mengetahui penggunaan silikon adalah mahal, mereka masih meneruskan penggunaan silikon untuk menghasilkan produk yang berlainan. IBM menggunakan cip Intel untuk komputer pada tahun 1981.

Nokia

Nokia bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang anak jati Finland telah membina kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun 1865. Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan menghasilkan kertas dengan harga yang murah. Proses ini merupakan suatu revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu. Fredrik memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867. Selepas satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa syarikat, Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. Kini Nokia bernilai kira-kira AS29.5 bilion.

Disney

Pada tahun 1923, Walt Disney pada waktu berusia 23 tahun berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartun Alice in the Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”. Setelah berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karaktor kartun yang lain. Karaktor Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini Disney mempunyai taman tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion.

Hewlett Packard

Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas Hewlett Packard. David memulakan kerjaya di General Electric Company (GE) manakala Bill meneruskan pengajian di universiti. Pada tahun 1937, David melawat Bill dan berjaya meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk bekerja bersamanya menubuhkan HP. Dalam tahun 1939, produk HP pertama dihasilkan. Salah satu pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang membeli produk HP untuk membangunkan sistem bunyi yang canggih untuk tayangan popularnya Fantasia! Kini HP bernilai AS26.9 bilion.

Toyota

Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk menghasilkan tekstail. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada tahun1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.

Mercedes Benz

Dilahirkan di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb Daimler merupakan pengasas Mercedes Benz. Ia bermula pada tahun 1886 apabila Karl mencipta automobil pertama yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang bermotor. Beberapa bulan kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang berlainan menghasilkan jentera empat roda yang bermotorkan enjin Daimler. Mereka tidak menyedari tentang hasil masing-masing. Hanya 40 tahun kemudian Mercedes-Daimler dilahirkan apabila mereka bergabung. Kini nilai Mercedes-Benz mencecah AS25.2 bilion.

Gillette

King Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut perlu membeli penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu, King telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901, penjualan pisau cukur Gillette meningkat hingga jenama tersebut kini bernilai AS23.3 bilion.

CISCO

Leonard Bosack dan isterinya Sandra Lerner mencipta teknologi untuk berkomukasi pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan untuk memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”. Cisco adalah singkatan kepada San Francisco. Kini nilai Cisco mencecah AS23.2 bilion.

BMW

Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang kini bernilai AS22.3 bilion dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya adalah hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan pengeluar enjin kapal terbang. Logo BMW adalah lambang kipas kapal terbang. Selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang. Mereka mengalihkan produksi kepada motosikal pada tahun 1923 dan kereta pada tahun 1928.

Louis Vuitton

Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion.

Apple

Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.

Marlboro

Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.

Samsung

Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee.

Honda

Sejak usia muda Soichiro Honda sangat berminat tentang dunia automobil. Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan membuat reka bentuk baru untuk omboh kereta. Reka bentuk pertamanya ditolak oleh syarikat Toyota. Sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang kemas isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya. Kilang omboh dibuka tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi memusnahkan usaha Soichiro. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol bekurangan dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula. Kemudiannya Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan membina motosikal Honda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.

Hennes & Mauritz (H&M)

H&M diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss yang menghasilkan pakaian untuk lelaki. H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut. Kini H&M bernilai AS16.1 bilion.

Oracle

Larry Ellison membaca laporan mengenai pengkalan data pada tahun 1970 yang ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah menjentik minda beliau bahawa ada satu peluang besar menanti dalam sistem pengurusan pengakalan data. Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha untuk membangunkan Software Development Laboratories (“SDL”) dengan Bob MMiner dan Ed Oates. Selepas menukar nama syarikat selama tiga kali, Oracle adalah pembekal terbesar perisian untuk dunia perniagaan yang kini bernilai AS14.9 bilion.

Pepsi

Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli farmasi dan mempunyai kedai ubat mencipta resipi baru untuk minuman yang dinamakan “Brad’s Drink”. Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi dikatakan boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta meningkatkan tenaga si peminum. Pada tahun 1903, Bradham menukar nama minuman kepada Pepsi -Cola dan memulakan kerja pembotolan di gudang sewaan. Tahun 1909 merupakan satu tahun keramat yang melonjak naik nama Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola adalah minuman yang menyegarkan dan sesuatu yang harus di ambil sebelum beliau memulakan perlumbaan. Namun begitu Bradham mengalami kegagalan dalam perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an sehingga beliau diistihar bankrup. Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan kembali nama Pepsi setelah memperkenalkan saiz botol minuman yang baru. Sehingga kini Pepsi diberi nilai AS14.1 bilion.

American Express (AMEX)

Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion.

Nike

Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti, Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports (“BRS”). Pada akhir tahun 1963 pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight memulakan perniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir sekitar tahun 1971 dan bertititik tolak dari waktu itu Knight dan Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion.

Rabu, November 16, 2011

TIPS KELUARGA BAHAGIA

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.


Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.


Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.


36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Insya-Allah, marilah sama-sama kita cuba yang terbaik untuk kebahagiaan keluarga kita. Sekadar berkongsi.. 

Selasa, November 15, 2011

Aktiviti Petang & Malam

Assalamualaikum... Sbnrnya entri ni nk di poskan semlm..tp memandangkan dgn kesibukan rutin harian so tak sempat nk updatekan masuk blogs.
Bulan ni Ammar dan masuk 2 thn 7 bln... Si kembar Amzar & Amsyar pla masuk 1 thn 3 bln... Dan yang paling best skrg ni umah aku dah makin ceria dan meriah dgn keletah dorg bertiga ni.. Thanks to anak2 ibu sbb menghilangkan penat letih ibu setelah seharian bekerja...
Balik kerja mcm biasa tiap hari ibu akan g amik dorg kt umah Mak Nah.. Balik je, sejak 2hari ni.. inilah kerja dorg memandangkan ibu tak bawa dorg ber'outing' di laman...


Amzar & Amsyar kusyuk je layan vcd sambil makan...
tp Ammar sempat je posing bila tau ibu nk amik gambar dorg.

Lepas dorg layan vcd dorg akan dimandi dan tukar baju tdo... lepas siap maka bermulalah aktiviti 'meneropong' dan bermain... Biasa si kembar akan tdo awal... Ammar plak jenis yg susah la hai nk tdo.. sbb dah terlebih tdo kt umah pengasuh waktu siangnya.
Ni aksi dorg tgh meneropong dan bermain...
 
 Ammar tak teropong sbb kenyang lagi lah tu agaknya...

Aktiviti ni yg selalu buat ibu rasa nak marah.. aktiviti main tuang susu...Aduhhh
Umah leh bau 'asyam' la sayang-sayang ibu oii....

Ni lah salah satu set mainan ank-anak ibu. Ibu beli dekat kawan ibu.

Bila dah adik2 tdo... Ammar dah tak da kawan..masa ni barulah nak kawan dgn ibu.. 
Tp waktu adik2 tdo ni jugaklah masanya untuk ibu settle mana yg patut...

Dua hari ni mcm tu lah dorg..lepas ni hari2 mendatang tak taulah ape pla aktiviti dorg..apapun 3A's ni lah penyeri hidup ibu dan ayh... Thanks Ammar, Amzar & Amsyar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...