Rabu, Julai 13, 2011

Kereta Wira Rim Honda

Hye..apa plak aku nk story arini..kalo tgk tajuk tu leh agak kan...mesti bab kereta. Citer dia mcm ni.. Memandangkan En.Suami dah habis kursus + diberi cuti 2 hari..so hari ni tugas En.Suami adalah menguruskan kereta.. Buat apa yg patut..terutamanya part tayar sbb tayar keta ku mmg botak abessss.... (kes malas nk g buat sendiri). Pastu lunch td En.Suami pn dtg amik utuk lunch sesama... tup2 trus mata terpandang kt rim kereta, trus aku gelak terbahak2.. mana taknya, aku suh En.Suami tukarkan tayar je..tp sekali dgn rim2 En.Suami tukar... Yang tak tahan tu, dkt rim tu tertera huruf 'H'...(logo HONDA beb... ishk ishk..kalo logo Mitsubishi ok lg, ngam la dgn kete wira aku tu... ni logo tu.. tetiba jer terpikir n tergelak sendiri, yelah..kawan2 aku mmglah majoriti keta dorg keta HONDA... aku ni keta wira tp rim je yg HONDA..kelakor la En.Suami. Apapon thanks ya sbb dh tukar tayar baru..cap honda tu nnti kita g tukar amik logo yg lain eh... peace.

Selasa, Julai 12, 2011

Kembali Bersama

Salam,
Time ni aku still kt opis lg (sbb blom ckup time la nak balik).. Dan time ni jugak en.suami dh dalam feri otw balik ke Langkawi... 50-50, ada seronok ada tak seronok.. macam2 perasaan ada.. memang aku dan en.suami akan kembali bersama sbb si dia dah tamat kursus(seronok), tapi itulah... still masih tak lengkap memandangkan si kembar kesayangan masih ditahan di kampung (yg ni tak seronok)... lepas ni keadaan akan kembali menjadi kecoh dengan adanya en.suami...tp lg bertambah-tambah kecoh kalau si kembar pun dah balik kesini..(rindunyerrr kat dorg).


Isnin, Julai 11, 2011

Apam Dot Dot

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar - (juga boleh gunakan santan lg sedap, tp terpulanglah pada masing2)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder..

♥Sayur Lodeh - Kuah Lontong

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

Isnin, Julai 04, 2011

Anak Oh Anak

Dah agak lama tak update blog, sbb sy ni ada penyakit malas.. bukan sikit tp baaannnyyyaaakkkk... tgh keje tetiba teringatkan anak2 yang semua ada kt kampung di bawah asuhan si opah dan wan. Terpaksa tinggal kt kg memandangkan ketiadaan pengasuh. Bila dah takda anak2, ya rabbi.. sunyi giler. tp set minded 'takpe, si ayah dah nak beh kursus seminggu je lagi... tahan sat no'. Lepas ni dah leh kumpul semula.. Bila dah berkumpul semula mulalah rutin hidup aku akan kembali kalut malut semula...yelah tanggungjawab isteri/ibu/perempuan ni keja tak penah abeh...akan ada ja kerja nk kena buat atau dibuatnya selagi tak tidoq.. 

Lani pon aku dah berangan-angan bila dah berkumpul balik nnt mmg nk bawak si kembar tu outing, sian dorg..lahir2 je ayah dah kena g kursus..so dorg memerap kat rumah je..ibu nk bawa kuar sesorang mana boleh kan.. kalau time balik hujung2 minggu sblm2 ni pon dorg akan kena bergilir2 g ronda dgn ibu ayah..kalo pagi bawa adik naik keta, si abg mungkin ptg or esoknya plak.. kesian rasa. tak mcm abg long, kemana kami p majoriti dia mesti follow punya dari kecik sampailah skrg ni... Bukan apa kan, bila banyak berjalan ni luaslah permandangannya...

Ibu Rindu Kamu Semua.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...