Rabu, November 24, 2010

3K (Kek Keju Kukus)

Bahan A:-

  • 3 biji telur
  • 100gm gula
  • 1 sudu makan ovalette 
Bahan B:-
  • 60gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 40gm susu tepung
Bahan C:-
  • 250gm cream cheese
  • 50gm butter

Cara-cara

  1. pukul A hingga kembang. masukkan B. gaul rata n sebati.
  2. pukul C berasingan hingga halus n lembut, masukkan kedalam campuran A n B tadi.
  3. masukkan kedalam loyang beralas n kukus selama 20 min.
Resepi ni aku copy dari My Resipi.com.. Kalau ada masa lapang n tak kalut dgn anak-anak nnt aku cuba buat k, dan hasilnya nnt aku akan paste kan kat blogs ni. Aku pilih kek cara kukus ni sebabnya rumah aku kat Langkawi ni oven nya 'kucik' yang besar ada kat kampung.. so inilah cara yg boleh sementara aku nak dapatkan oven besar yang baru (yang kat kampung kasik mak).

Lagu Oh Lagu

Hari ni teringat pla aku lagu yang diterima dari en.suami yang disayangi..tak sangka jugak.. tp bila aku tgk youtube yg dia bg tu, meleh air mata aku..sebak terharu beb.. Di sini aku 'paste'kan lirik lagu tersebut dan satu lagu tambahan yg diambil dari simpanan hubby aku.. untuk abang ----> I LOVE YOU


  Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

lagu lagi :

Tak Pernah Setengah Hati

Tak pernah setengah hati
Ku mencintaimuku memiliki dirimu
Setulus-tulusnya jiwa
Ku serahkan semua hanya untukmu

Tak pernah aku niati untuk melukaimu
Atau meninggalkan dirimu
Sesal ku selalu bila tak sengaja
Aku buat kau menangis

Memiliki mencintai dirimu kasihku
Tak akan pernah membuat diriku menyesal
Sungguh matiku
Hidupku 'kan selalu membutuhkan kamu

Isnin, November 15, 2010

Aku..Kamu... & Mereka...

Salam, apa kisah aku hari ni? tak de yg menarik.. apa yg pasti tiga empat hari ni badan aku sengal- sengal, kepala sakit..semua ni gara2 tak cukup rehat aku rasa.. 'Bersabarlah dana, kuatkan diri..jangan di layan apa yg dirasa'..itulah ayat aku pujuk diri tiap hari..kalo tak sian kat anak2 lah nanti.. Sabar sementara dorg nak besar.. Kekadang tu ada jugak rasa teringin nk g memana sesorg rehat kan diri tanpa ganguan dari anak2.. tp cakap je lah boleh, kalau dorg takda? ha kompom tak boleh duduk punyer..sunyi ooo...

Aku hari ni berkira- kira nak balik tak balik beraya..kalau tak balik cutinya panjang lah juga (5hari), tp hubby keje.. kalau balik kg tulah, kena ada orang datang ambil (sebab hubby tak dapat hantar)..pastu beraya dgn ank2 aje, hubby kena keja hari raya..so 50/50 nak balik tak balik.. Tp slps bincang tambah tolak bahagi darab.. keputusannya ---> AKU BALIK KG JUGAK ESOK walaupun tanpa hubby disisi. Dengan balik kampung sekurang- kurangnya aku dpt jugak rehatkan badan aku..Dapat beralih angin sekejap.,Mana tau kot lpas dari balik kg ni, mood dan kesihatan aku kembali okay..INSYALLAH diaoakan mcm tu lah. Macam mana aku balik? Ohh..ayah dgn adik bongsu aku dtg amek..best best.

Ni kisah si abg long Ammar (anak aku yg sulung)..tetiba teringatkan dia. Apalah dia tgh buat kan skrg ni, rindu sgt saat2 indah dgn dia..tp nk buat mcm mana, untuk sementara waktu ni aku perlu beri tumpuan lebih kepada si kembar..Untuk Ammar, SABAR YE SYG..bila adik2 dah ok nnt semua akan seperti biasa. Ibu SAYANG AMMAR..walaupun Ammar nakal sgt sekarang ni..Sbb ibu tau Ammar jd camtu sbb nakkan perhatian dan bosan asik berkurung dalam rumah.. Sian syg, bila ibu tgk Amar, air mata ibu mcm nk keluar..kesian ank ibu. Nak buat mcm mana Allah murahkan rezki ibu dan ayah dgn anak2. Blom sempat Ammar puas dah dikurniakan adik.

Untuk si kembar ibu, cepatlah besar...tak sabar ibu nak tgk gelagat ank2 ibu. Si abg (Amzar) yang 'cool' tp panic + nangeh bila org ramai dan bising2..si adik (Amsyar) pula pe'el yang ibu susah meneka sbb mood si adik tak menetu.. Abang Amzar yg lebih suka menyusu susu ibu berbanding si adik. tak tahu kenapa, adik ni mcm lebih survive. Tapi kedua-dua anak ibu ni dah semakin 'ramah' dari hari ke hari. Minggu depan adk abg dh nk masuk 3bln.. Lepas ni mcm mana pula perangai ank2 ibu ni kan.. Apapun ibu bahagia besarkan ketiga-tiga ank ibu, bermacam pengalaman bermacam kenangan yg ibu telah, sedang dan bakal lalui.. Ibu bersyukur sgt pada Allah sebab tak semua orang di kurniakan pengalaman yang sama dgn ibu..tp ibu di beri peluang itu oleh-Nya.

Untuk suami tercinta, terima kasih kerana banyak membantu walaupun adakalanya kita hampir bermasam muka dalam melayan kerenah anak2 kita..semuanya sbb kita keletihan kan? Apapun alhamdulillah kita dapat atasi dan lalui semuanya bersama.. kerana kita tahu ANAK2 ADALAH AMANAH ALLAH UNTUK KITA.. mereka tanggungjawab kita bersama. Semoga anak2 kita akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.. Amin.

Ahad, November 14, 2010

Contest : The Best Moment of Wedding by Little Precious Photography



Saja nak cuba-cuba..ni contest pertama yg disertai.. so inilah pic yang ada dlm simpanan sempena mengingati moment terindah antara aku dan insan tersayang


Sebab apa gambar ni yang aku pilih?:

1- Ni original punya happy moment, kedua-dua gelak tawa tu bukan dibuat-buat @ dgn kata lain lakonan semata2..
2- Meskipun pic ni candid tapi keceriaan kami berdua teserlah.
3- Aku pilih pic candid sebab si isteri dan en.suami nya bukanlah jenis yg pandai bergaya dengan erti kata lain 'kap alif ya wau' (k.a.y.u).

Kepada sesiapa yang nak join boleh KLIK kat sini ye.

Selasa, November 09, 2010

Hati Berbunga-bunga Sayang Bertambah-tambah

Salam, inilah yg dinamakan hidupkan..Kuasa Allah s.w.t. Betapa besar kekuasaan-Nya, kita sebagai manusia dikuniakan dengan emosi yang berbagai agar kita tidak boring dengan hidup. Kalau semalam hidup rasa muram, marah, tak tenteram..tp hari ni dengan satu perbuatan segala apa yang dilalui semalam terbang bagai angin lalu.. Terima kasih buat suami tersayang, kalau smalam aku berkecil hati dgn kamoo tapi hari ini dengan sedikit tindakan dan pengorbanan yang dibuat, segala-galanya seakan membuktikan bahawa kau mmg TERCIPTA UNTUKKU..untuk suami tersayang, lagu ni khas untuk abang yea..

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku 
banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
ku slalu milikmu
yang mencintaimu

Seikhlasnya AKU MENCINTAIMU seikhlas hati kerana Allah. Anak-anak anugerah terindah yang di amanahkan Allah kepada kita syg..Semoga perjalanan hidup kita akan lebih bermakna. Amin.


Isnin, November 08, 2010

Entah Apa Sebabnya

Salam, setelah 3 hari bercuti sempena Deepavali letih rasa arini.. mana taknya aku kena jaga ketiga2 hero aku tu. Hubby kerja, hari hubby cuti si anak plak mood tak ok buat perangai..sabar jelah, ikut hati nk nangeh aje sbb rehat tak cukup.. tp demi anak2 gagahkan juigak. yg jadi mangsa biasanya sang suamilah.. bila badan terasa letih yg teramat, nk marahkan anak2 dorg bukan faham menda lg.. last2 tempiasnya kena pada suami.. 

Bkn niat di hati sesaja nk lepaskan marah dan rajuk tu, tp apa yg tersirat sbnrnya adalah 'WAHAI SUAMI, TOLONGLAH AKU..AKU AMAT PERLUKAN KAU DISISI'. Yang boleh jadi mcm tu sbb aku ni jenis yg agak susah nak minta tolong suami buat itu ini.. bukan susah apa, kalau aku minta tlg tp tak berhasil, aku akan naik bengang..tu kelemahan diri aku..sbb tu selagi mana yg aku mampu buat aku akan buat sendiri..lgpun aku masih berpegang mana yg aku mampu dan sempat buat aku akan buat sbb tu adalah TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang ISTERI.

Semoga dengan apa yang aku lalui saat ini adalah kenangan terindah aku dimasa hadapan.. Dengan ujian seperti inilah yang akan lebih mematangkan aku dalam menjalani hidup bersama INSAN- INSAN TERSAYANG. Aku berdoa agar Allah s.w.t sentiasa menganugerahkan aku tahap kesabaran yang tinggi kerana aku yakin ada sebabnya Allah BENARkan aku berada ditempat yang aku telah, sedang dan akan aku lalui.

Setakat ni dulu coretan aku kali ni..dah nk masuk lunch hour ( lunch hour aku kul 12.30pm).. so dah laporrr ni. Tunggu HUBBY TERSAYANG datang amek je ni.. Ok, see ya.

Kesepian

Jumaat, November 05, 2010

Tak Sempat Lo...

Salam, sbnrnya ada bnyk isu yg nk kongsi kt blog ni..tp memadangkan life aku hari ni menjaga anak je, so rasanya lain kali ajo lah jawabnya..arini tak sempat lo...



Khamis, November 04, 2010

Kerabu Oh Kerabu... I Like!!

Kerabu Pucuk Paku + Kerang

Bahan-bahan:
Secekak pucuk paku - ambil daun dan batang lembut,celur
½ kg tauge - celur
1 kg kerang - rebus dan ambil isi
2 sudu kerisik
3 biji bawang merah - hiris
5 biji limau nipis - ambil jusnya
3 tangkai cili merah - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
Sedikit belacan - dibakar dan tumbuk
Garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaan:
Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata. 




Kerabu Jantung Pisang

Bahan - bahan
300 gm jantung pisang - dibuang kelopak luar yang keras
1 sudu besar kerisik
3 biji cili merah - dihiris
2 sudu kecil air limau nipis
garam & gula pasir secukup rasa

bahan dikisar :

3 sudu besra udang kering
3 ulas bawang merah


Cara Penyediaan
1. jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus.
masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas. bubuhkan bahan - bahan yang lain. gaulkan
hingga rata.

Rahsia Pemakanan Genius-Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengenengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum,
silica, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN:
i) Menghadap kiblat.
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti  
     makan kacang.
v) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsure semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap
dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah s.a.w. menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM:
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s. mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t. memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampong dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.


CARA MAKAN: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk dimakan.


7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.


10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. memakan daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKIH

Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.


19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga bersabda, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal".


20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.


22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Dorayaki Kesukaan Doraemon


Bahan-bahan:
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti:
kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan:


Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.
Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).

Letak 1 sudu besar kacang merah/kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah /kaya.

Rabu, November 03, 2010

Hari Ini

Salam, cuba untuk menaip di sini..entah knapa harini rasa lemah letih ngantuk sangat.. sbb cuaca ke? tak cukup rehat ke? tak sihat ke? ke mmg sifat semula jadi ke? apa yg pasti harini hidup aku mcm buang masa dok saja.. 
Pg td bagun siapkan bekal ank2, siapkan diri then anto ank g umh pengasuh.. dtg opis trus bekpes dgn kawan kt kantin opis..lpas bekpes hari hujan...tros start rasa semacam je bdn ni.. tgh lepak2 hubby call ckp nk g cucuk anak pagi ni..tunggu hubby dlm keadaan bdn yg seram sejuk..tp aku tak nk pk hal bdn seram sejuk tu sbb aku lebih pikirkan mcm manalah si kembar tu nnt bila disuntik..hubby sampai tp hujan still turun lg..kami balik umh dulu, balik ambil kad klinik anak yg tertinggal la...bukan sebab lain ha..patu g amek bb bwa ke klinik.
Untunglah org tak ramai harini...risau jugak aku kot2 ramai org dah satu hal nk kena menunggu lama pla. Aku dgn hubby amik anak sorg satu..hubby jaga si adik n aku jaga si abang..sampai turn dua2 masuk bilik suntik.. blom pon kena suntik dua2 ank aku dh start nangeh..seb bek dah biasa dgn tangisan dorg, so tak panic...tp bila aku usyar muka nurse tu..tgk dia yg mcm panic..mana taknya dua2 nangeh serentak dlm bilik dia buat keja. Selesai inject kami hanto bb balik umh pengasuh...hubby pla lapor katanya..nk makan, temankan dia mkn dulu...time tu pn aku dh mcm nk terlelap..kalau ada yg sorongkan bantal mau aku tdo time tu. Pas mkn hubby balik umh, aku masuk opis..layan FB..pun bosan pun ngantuk last2 aku tertido kt depan PC kat meja keja aku ni...seb bek tak meleleh air liur aku ni..
Ni aku baru bgun tdolah ni yg aku nulis ni..saja nak ilangkan ngantuk..ni dok pikir mcm mana plak mood bb aku balik keja nnt..kalau mood dorg ok alhamdulillah..kalau tak, tak leh nk rehat takleh nak buat keja umh lagilah aku jawabnya..kalau kena hari dorg meragam mau dorg tdo tgh mlm bru aku dpt tgk keja umh. takpelah...sabar kejap sementara dorg nk besar kan..
Dalam pada dok tak sihat n lemau badan perut ni plak..mcm lapar itu ini.. lapar kek coklat n cheese cake la plak..teringat plak arini ada pasar mlm..teringat nk minum air soya plak..teringin nk g pasar mlm mcm dulu2 tp mimpilah selagi bb twins tu tak besar kit..hmm apa pun keadaannya, kita tetap akan lalui hari2 mendatang tak kira samada hari2 yg bakal kita lalui mcm mana keadaannya..selagi belum tutup mata kita perlu lalui..yang pasti syukur Alhamdulillah sbb kita masih lagi dipanjangkan umur oleh-Nya.

Selasa, November 02, 2010

Akan Ku Coba....

Salam, fuh lama giler aku tak update blogs aku neh... busy maaa.. bukan busy apa sgt..busy hasilkan keturunan (anak) huhu..tp lpas ni stop dulu sementara waktu..memandangkan sekarang ni pn life aku terkejar2 kesana kemari..itu ok lg, yg kureng oknya...rest tak cukup maaa...tp takpe, anak punya pasal..

Start dari hari ni aku plan nk aktif berblog semula..akan ku coba la.. tp kalau tak boleh apa nk buat kan. Tapi aku percaya, ke'busy'an aku ni sementara waktu aje, sementara bb kembar aku tu nk pandai bermain je.. skrg ni usia dorg baru 71 hari = 2bulan lebih... wat masa skrg ni aku dgn hubby tengah korbankan masa ktorg demi anak2..alhamdulillah stakat ni semua berjalan lancar. Thanks untuk hubby kesayangan aku yang banyak membantu dengan sabar.. kalau harapakn aku sorg tak termampu jugak aku..sbb aku mahupun family aku mmg takde pengalaman menjaga anak kembar ni.. ni pengalaman pertama so biasanya kalau nk buat apa2 pn perlu try n error dulu..tgk kaedah mana yg paling ok, baru guna..

Contohnya masa mula2 bb balik umh...dua2 nangeh serentak, dah...terdiam tros aku tak tau nak buat apa..pastu kami amek sorg satu jaga..ok. pastu masa dlm pantang, aku mandikan dorg bergilir2 dgn mak aku tgk siapa yg sempat..mcm2 kaedah kami cuba sampailah jumpa kaedah yg pantas mandi, nyusu dan tdokan dorg.. kalau tak pantas alamatnya leh dengarlah dorg 'nyanyikan' kita dua tiga lagu...kalau dorg dh nyanyi tu faham2lah..kenalah pujuk..nk pujuk dorg bkn senang.. tapi ape pn after 2bln everythings ok daaa...
Nanti aku sesang2 aku akan cuba storykan dalam ni pengalaman aku dlm membesarkan anak2 aku dan kehidupan seharian kami sekeluarga di samping apa2 petikan ke cerita ke maupun gambar aje..insyallah...tunggu noo...

So wat masa ni ini dulu..lgpn aku kt opis ni, nanti aku akan sambung lg kalo ada masa. before tu bleh la kalau setakat satu dua gambar tu leh la aku uploadkan..

ok chow...see yaaa 

 Permata Hati Buah Cinta Aku Dan Suami

 Muhammad Fazhan Ammar

 Muhammad Fazhan Amzar

Muhammad Fazhan Amsyar
 
Suami Tercinta Mr. Zaipol Hanizam

 Akoo Bersama Suami Yang Paling Payah Nak Cari Neh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...