Isnin, November 15, 2010

Aku..Kamu... & Mereka...

Salam, apa kisah aku hari ni? tak de yg menarik.. apa yg pasti tiga empat hari ni badan aku sengal- sengal, kepala sakit..semua ni gara2 tak cukup rehat aku rasa.. 'Bersabarlah dana, kuatkan diri..jangan di layan apa yg dirasa'..itulah ayat aku pujuk diri tiap hari..kalo tak sian kat anak2 lah nanti.. Sabar sementara dorg nak besar.. Kekadang tu ada jugak rasa teringin nk g memana sesorg rehat kan diri tanpa ganguan dari anak2.. tp cakap je lah boleh, kalau dorg takda? ha kompom tak boleh duduk punyer..sunyi ooo...

Aku hari ni berkira- kira nak balik tak balik beraya..kalau tak balik cutinya panjang lah juga (5hari), tp hubby keje.. kalau balik kg tulah, kena ada orang datang ambil (sebab hubby tak dapat hantar)..pastu beraya dgn ank2 aje, hubby kena keja hari raya..so 50/50 nak balik tak balik.. Tp slps bincang tambah tolak bahagi darab.. keputusannya ---> AKU BALIK KG JUGAK ESOK walaupun tanpa hubby disisi. Dengan balik kampung sekurang- kurangnya aku dpt jugak rehatkan badan aku..Dapat beralih angin sekejap.,Mana tau kot lpas dari balik kg ni, mood dan kesihatan aku kembali okay..INSYALLAH diaoakan mcm tu lah. Macam mana aku balik? Ohh..ayah dgn adik bongsu aku dtg amek..best best.

Ni kisah si abg long Ammar (anak aku yg sulung)..tetiba teringatkan dia. Apalah dia tgh buat kan skrg ni, rindu sgt saat2 indah dgn dia..tp nk buat mcm mana, untuk sementara waktu ni aku perlu beri tumpuan lebih kepada si kembar..Untuk Ammar, SABAR YE SYG..bila adik2 dah ok nnt semua akan seperti biasa. Ibu SAYANG AMMAR..walaupun Ammar nakal sgt sekarang ni..Sbb ibu tau Ammar jd camtu sbb nakkan perhatian dan bosan asik berkurung dalam rumah.. Sian syg, bila ibu tgk Amar, air mata ibu mcm nk keluar..kesian ank ibu. Nak buat mcm mana Allah murahkan rezki ibu dan ayah dgn anak2. Blom sempat Ammar puas dah dikurniakan adik.

Untuk si kembar ibu, cepatlah besar...tak sabar ibu nak tgk gelagat ank2 ibu. Si abg (Amzar) yang 'cool' tp panic + nangeh bila org ramai dan bising2..si adik (Amsyar) pula pe'el yang ibu susah meneka sbb mood si adik tak menetu.. Abang Amzar yg lebih suka menyusu susu ibu berbanding si adik. tak tahu kenapa, adik ni mcm lebih survive. Tapi kedua-dua anak ibu ni dah semakin 'ramah' dari hari ke hari. Minggu depan adk abg dh nk masuk 3bln.. Lepas ni mcm mana pula perangai ank2 ibu ni kan.. Apapun ibu bahagia besarkan ketiga-tiga ank ibu, bermacam pengalaman bermacam kenangan yg ibu telah, sedang dan bakal lalui.. Ibu bersyukur sgt pada Allah sebab tak semua orang di kurniakan pengalaman yang sama dgn ibu..tp ibu di beri peluang itu oleh-Nya.

Untuk suami tercinta, terima kasih kerana banyak membantu walaupun adakalanya kita hampir bermasam muka dalam melayan kerenah anak2 kita..semuanya sbb kita keletihan kan? Apapun alhamdulillah kita dapat atasi dan lalui semuanya bersama.. kerana kita tahu ANAK2 ADALAH AMANAH ALLAH UNTUK KITA.. mereka tanggungjawab kita bersama. Semoga anak2 kita akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...