Rabu, Ogos 12, 2009

H1N1

Salam, hari ni aku nk kongsi cite/info penyakit yg tgh hot melanda DUNIA skrg ni..Influenza A (H1N1) atau selsema babi... setahu aku penyakit ni mmg ada tercatat dalam Al- Quran.. salah satu tanda2 akhir zaman.

Harini aku dah pakai mask..dan hari ni jugak semua sekolah dan institusi pengajian yg ada di Langkawi ni dh ditutup... keadaan di Langkawi ni boleh dikatakan dah kritikal, tp yg tak puas hatinya kenapa pihak yg terlibat tidak mewar-war kan hal ni..hanya kerana ini pusat pelncongan (standard la tu kan)..apa yg aku takutkan skrg ni tulah...baby. Dorg bkn tau nk ckp yg diorg rasa nk demam ke, tak sihat ke ape ke...

Jumaat lepas masa balik kg (Kodiang), kami naik feri satu feri dgn budak2 sekolah yg diarah balik sbb sekolah dorg tutup (ada kes)..takutnya..dan yang aku takutkan jugak skrg ni, ada sorg staff kt opis ni baru balik dr KL, demam..(may b demam biasa je kot)..tp gagah mai opis jugak..balik jelah dok umh kan.. manalah tau..sbb tu jugaklah aku pakai mask dlm opis ni arini..

Kat sini aku letak sikit info yg berkaitan dgn penyakit ni

Apakah gejala yang dialami oleh pesakit influenza?
• Demam kuat melebihi 38ÂșC
• Sakit tekak
• Sakit kepala
• Letih dan lesu
• Sakit-sakit badan
• Batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal

Pesakit boleh juga mengalami :
• Radang mata (conjunctivitis)
• Cirit-birit
• Sesak nafas

Bagaimana manusia boleh mendapat jangkitan?
Jangkitan tersebar melalui titisan cecair daripada saluran pernafasan pesakit yang dijangkiti semasa bersin,batuk atau bercakap pada jarak yang dekat (3 kaki atau 1 meter) atau bersentuhan dengan permukaan / objek yang tercemar.

Apakah langkah-langkah pencegahan pandemik influenza?
• Elakkan berhubung rapat dengan pesakit tanpa alat perlindungan diri; seperti penutup mulut
dan hidung (mask)

• Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan cara hidup sihat
• Mendapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala atau tanda influenza

Adakah jangkitan ini boleh membawa maut?
Risiko kematian adalah tinggi jika mengalami komplikasi di kalangan kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik lain seperti jangkitan paru-paru dan sakit jantung.

So, sekarang ni sbg langkah berjaga2 aku dgn hubby aku dh ubah (sikit jelah) cara hidup kami.. kalau dulu kami ada beli mkn luar, skrg hari2 masak kt umh walaupun stakat mkn ikn masin or ikn bilis... dulu cuti hjg minggu kami g shopping complex...tp sejak ada penyakit ni kami lepak umh or g ke tempat yg tak de org ( mcm g Gunung Raya tu ).. dulu rajin gak g pasar mlm,bawa bby..tp skrg dh tak g dah.. bak kata lain dh jd org baik, dok umh je.

Apepun, sama-sama kita doakan semoga semuanya akan kembali seperti sediakala..pennyakit ni mungkin peringatan dari Allah s.w.t kepada kita semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...